Age of Empires III

Age of Empires III (Jawi: ‏ءيج ءوف ايمڤايرس III‎‎) ialah sebuah permainan video strategi masa nyata yang dikembangkan oleh Ensemble Studios dan diterbitkan oleh Microsoft Game Studios. Versi Mac dikembangkan dan diterbitkan oleh MacSoft. Versi PC dilancarkan pada 18 Oktober 2005 di Amerika Utara dan pada 4 November 2005 di Eropah, sementara versi Mac dikeluarkan pada 21 November 2006 di Amerika Utara dan 29 September 2006 di Eropah. Versi permainan N-Gage yang dikembangkan oleh Glu Mobile dikeluarkan pada 28 April 2009.[2][3][4] Ini merupakan permainan ketiga dalam siri Age of Empires dan penyambung kepada Age of Empires II: Zaman Raja-raja. Permainan ini dibuat semula di bawah tajuk Age of Empires III: Edisi Definitif, dan telah diterbit pada 15 Oktober 2020.[5] Permainan susulannya, Age of Empires IV sedang dalam pembangunan.Permainan ini menggambarkan penjajahan Eropah di Amerika antara sekitar tahun 1492 dan 1876 Masihi. Terdapat empat belas tamadun tersedia di dalam permainan. Age of Empires III telah membuat beberapa inovasi berbanding permainan sebelumnya, khususnya dengan penambahan sistem "ibu kota", yang menggabungkan strategi masa nyata dan ciri permainan berperanan. Tiga pek tambahan telah dilancarkan: yang pertama, Age of Empires III: The WarChiefs, dilancarkan pada 17 Oktober 2006, menampilkan tiga tamadun orang asal Amerika; yang kedua, Age of Empires III: Dinasti Asia, diterbitkan pada 23 Oktober 2007, dan memperkenalkan tiga tamadun Asia; dan yang ketiga bagi Edisi Definitif, iaitu Age of Empires III Edisi Definitif: Tamadun Amerika Syarikat, yang, seperti namanya, menampilkan tamadun orang Amerika Syarikat.Microsoft telah menjual lebih 2 juta naskhah Age of Empires III pada Mei 2008. Selain mendapat ulasan yang baik, ia telah memperoleh beberapa anugerah, termasuk "Permainan RTS Terbaik 2005" daripada GameSpy, dan merupakan salah satu permainan paling laris pada tahun 2005.[6] Pada tahun 2007, Age of Empires III adalah permainan komputer ketujuh terlaris, dengan lebih dari 313,000 salinan terjual pada tahun itu.[7]

Age of Empires III

Mod Pemain tunggal, multipemain
Platform Microsoft Windows, OS X, Windows Mobile, N-Gage
Pelepasan
  • 18 Oktober 2005
  • Edisi Definitif:
  • 15 Oktober 2020
Siri Age of Empires
Penerbit
Pembangun
Komposer Stephen Rippy
Pereka Bruce Shelley[1]
Genre Strategi masa nyata
Pengaturcara Dave Pottinger

Rujukan

WikiPedia: Age of Empires III http://www.agecommunity.com/press.aspx?PressReleas... http://www.gamedaily.com/articles/news/npd-issues-... http://www.glu.com/corp/pages/pressdetail.aspx?ite... http://www.ign.com/lists/top-100-game-creators#/57 http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-... http://blog.n-gage.com/archive/age-of-empires-iii-... https://www.ageofempires.com/games/aoeiii/ https://www.ageofempires.com/news/age3de-preorder-... https://www.mobygames.com/game/age-of-empires-iii https://web.archive.org/web/20071010085041/http://...